Ahad, 28 Ogos 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

raya

Sempena hari raya yang akan menjelang sedikit masa lagi PRAGA Gua Musang ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua rakan – rakan radio amatur tidak kira di mana sahaja anda berada. Semoga hubungan kita akan bertambah erat di hari – hari mendatang.

Sekian, Terima Kasih.....73 Smile

Jumaat, 26 Ogos 2011

Pemindahan Galeri PRAGA Ke Facebook PRAGA Cyber Club

gp

Untuk kemudahan rakan – rakan menikmati gambar – gambar aktiviti PRAGA, maka saya sebagai ‘Admin’ telah memindahkan Galeri Praga ke dalam Facebook Praga Cyber Club (PCC). Untuk itu bermula dari sekarang, halaman Galeri Praga di blog Kelab Praga akan di hapuskan dan semua aktiviti bergambar akan dimuat naik ke dalam PCC. Di harap rakan – rakan dapat memanfaatkan kemudahan ini dengan sebaik mungkin.

P/S: Mana – mana rakan yang belum menjadi ahli Praga Cyber Club (PCC), bolehlah menyertainya pada bila – bila masa. Keahlian anda amat di alu – alukan.

Sekian Terima Kasih.

73 Clear Smile

Khamis, 25 Ogos 2011

Facebook–Praga Cyber Club (PCC)

pcc

Kelab Praga Gua Musang telah mewujudkan satu kumpulan dalam Facebook bagi merapatkan hubungan sesama ahli  khususnya dan peminat radio amatur amnya. Kumpulan tersebut di namakan PRAGA CYBER CLUB (PCC). Ia adalah satu kumpulan yang menggabungkan semua peminat radio amatur di seluruh Malaysia. Keahlian adalah terbuka kepada semua peminat radio amatur tidak kira di mana jua anda berada. Ini adalah satu medium untuk merapatkan semua peminat radio amatur untuk menbentuk satu jaringan sosial yang baik. Sama ada anda telah mendapat AA atau baru berjinak - jinak dengan hobi ini, anda dipersilakan untuk turut serta. Sama – samalah kita memeriahkan kumpulan tersebut. Sekian Terima Kasih........Jumpa lagi, 73......Smile

OPS Raya JPAM & PRAGA

jpam             9M4CGM

Bermula pada 25 Ogos 2011 hingga 29 Ogos 2011 dan 02 September 2011 hingga 04 September 2011. Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) akan memulakan operasi pemantauan trafik sepanjang perayaan. Operasi ini dibantu oleh ahli – ahli PRAGA Gua Musang yang bertindak sebagai Operator Komunikasi di samping ahli JPAM sendiri yang akan memberi bantuan kepada semua pengguna yang menghadapi apa saja masalah sepanjang perjalanan. Kawasan liputan operasi adalah Gua Musang – Merapoh dan Gua Musang - Paloh. Walaubagaimana pun jika terdapat laporan dari luar kawasan operasi dan masih lagi dalam Jajahan Gua Musang, JPAM akan tetap memberi bantuan jika di perlukan. Waktu Operasi adalah bermula 8.00 Pagi hingga 12.00 Malam. Selepas waktu tersebut, rakan – rakan boleh memantau frekuensi yang di berikan untuk meminta bantuan.

Iftar Ramadan 2011

P8230032  P8230033

P8230030  P8230041

P8230029  P8230020

Pada 23 Ogos 2011 yang lalu telah berlangsung Majlis Berbuka Puasa anjuran JPAM dan PRAGA. Terima kasih di atas sambutan yang diberikan oleh rakan –rakan semua.

P/S: Atas sebab teknikal, banyak gambar tidak dapat di upload untuk tatapan semua. Harap Maaf  dari  jurugambar tidak bertauliah.....hehehehe

Selasa, 23 Ogos 2011

In Case Of Emergency

pdrm-logo-feb-19  jpam  bulan  Logo_bomba
PRAGA amat prihatin dengan rakan - rakan yang menggunakan laluan Gua Musang – Kuala Lipis, Gua Musang - Kuala Krai, Gua Musang – Jeli, Gua Musang – Tasik Kenyir dan Gua Musang -  Lojing. Untuk itu di senaraikan di bawah ini nombor – nombor telefon yang boleh anda hubungi jika anda menghadapi masalah kecemasan semasa di laluan seperti yang tersebut di atas.
Balai Polis Gua Musang
09 – 9121 222
Balai Polis Paloh
09 – 9285 090
Balai Bomba Gua Musang
09 – 9121 444
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)
09 – 9124 360 / 099120722
( Bilik RES'Q )
Hospital Gua Musang
09 – 9121 133
Anda juga boleh menggunakan frekuensi dibawah ini untuk meminta bantuan jika talian telefon anda diluar kawasan liputan.
Bandar Gua Musang
Frekuensi
Offset
Tone
Repeater Gua Musang  - 9M4 RDF
147.8875
- 0.600
107.20
Laluan Gua Musang – Kuala Krai
Frekuensi
Offset
Tone
Repeater Bukit Gelugur
147.6125
- 0.600
100.00
Repeater Kuala krai – 9M4 RDE
146.9375
- 0.600
85.40
Laluan Gua Musang – Kuala Lipis
Frekuensi
Offset
Tone
Repeater 1Malaysia - 9M4 RSM (Percubaan)
147.9625
- 0.600
233.60
Laluan Gua Musang – Jeli
Frekuensi
Offset
Tone
Repeater Bukit Gelugur
147.6125
- 0.600
100.00
Repeater Kuala Gris – 9M4 RDB
147.8000
- 0.600
103.50
** Untuk laluan Gua Musang – Tasik Kenyir dan Gua Musang - Lojing, Repeater Bukit Gelugur hanya boleh digunakan di beberapa tempat tertentu mengikut keadaan propagation pada hari tersebut.
InsyaAllah maklumat ini akan di kemaskini dari masa ke semasa untuk rujukan rakan – rakan dalam perjalanan. Semoga perjalanan anda selamat. Terima Kasih, jumpa dan jumpa lagi……73. Smile

Ahad, 21 Ogos 2011

Perubahan Frekuensi Bukit Bubus (9M4RAC) & Trans Bukit Marak.

Terima kasih kepada 9W2RIQ (Pak Azmi) dari Kampung Raja, Besut Terengganu yang memberitahu terdapat perubahan frekuensi pada 2 pancar ulang iaitu pancar ulang Bukit Bubus (9M4RAC) dan Jalinan Transnasional Bukit Marak. Maklumat perubahan adalah seperti berikut;

   Bukit Bubus, Besut Terengganu (9M4 RAC)
   Freq: 146.675   Offset: -600  Tone: 103.5

   Trans Bukit Marak
   Feq: 147.8625   Offset: -600  Tone: 103.5

Jika ada persoalan, boleh hubungi Pak Azmi (9W2 RIQ) di talian 013-9009202.


Sekian Terima Kasih.

Jumaat, 19 Ogos 2011

Iftar Ramadan 2011 M / 1432 H

Kelab PRAGA dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Gua Musang akan mengadakan satu majlis berbuka puasa beramai - ramai. Maklumat adalah seperti berikut;

   Tarikh : 23 Ogos 2011 Bersamaan 23 Ramadan 1432 H (Selasa)
   QTR   : 6.00 Ptg
   QTH   : Pejabat Daerah JPAM,
                Cabang 4 Kundur, Gua Musang.

SEMUA AHLI ADALAH DIJEMPUT HADIR

Terima kasih.

Khamis, 18 Ogos 2011

Pertukaran Frekuensi Repeater Bukit Gelugur & Penutupan Sementara Repeater Bukit Lakit (9M4 RGG)


Oleh kerana masalah teknikal yang tidak dapat di elakkan, bermula pada hari ini (18 Ogos 2011) pancar ulang Bukit Lakit (9M4RGG) akan di TUTUP buat sementara waktu untuk proses 'troubleshoot' oleh 'Team Repeater PRAGA'. Walaubagaimanapun pancar ulang Bukit Gelugur akan menggantikan tugas ini dengan frekuensi Bukit Lakit yang asal seperti di atas. Mana - mana rakan radio yang menggunakan laluan jalanraya Gua Musang - Kuala Krai sepanjang musim perayaan ini, boleh menggunakan pancar ulang Bukit Gelugur dengan frekuensi baru tersebut. Pancar Ulang ini juga boleh di capai di beberapa tempat tertentu di laluan  jalanraya Gua Musang - Lojing. Segala kesulitan amatlah di kesali. Sekian Terima Kasih.

Ahad, 14 Ogos 2011

Pancar Ulang Satu Malaysia (9M4 RSM)


Satu pancar ulang yang dinamakan pancar ulang 1 Malaysia (9M4 RSM) telah dinaikkan untuk kemudahan rakan - rakan dan perantau dalam perjalanan. Pancar ulang ini terletak di Bukit Tujuh, Kuala Lipis, Pahang. Frekuensi bagi pancar ulang ini adalah 147.9625 Tone 233.6 Offset -600. Pancar ulang ini boleh digunakan oleh perantau yang menggunakan laluan Gua Musang - Kuala Lipis. Pancar ulang ini akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa untuk memberi kemudahan kepada semua rakan - rakan terutama sekali sewaktu kecemasan semasa dalam perjalanan di kawasan tersebut.

9W2 - PNS KUALA KRAI

Kelab Pemancar Radio Amatur Pasir Puteh

Dari Kelab DARA