Khamis, 25 Ogos 2011

OPS Raya JPAM & PRAGA

jpam             9M4CGM

Bermula pada 25 Ogos 2011 hingga 29 Ogos 2011 dan 02 September 2011 hingga 04 September 2011. Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) akan memulakan operasi pemantauan trafik sepanjang perayaan. Operasi ini dibantu oleh ahli – ahli PRAGA Gua Musang yang bertindak sebagai Operator Komunikasi di samping ahli JPAM sendiri yang akan memberi bantuan kepada semua pengguna yang menghadapi apa saja masalah sepanjang perjalanan. Kawasan liputan operasi adalah Gua Musang – Merapoh dan Gua Musang - Paloh. Walaubagaimana pun jika terdapat laporan dari luar kawasan operasi dan masih lagi dalam Jajahan Gua Musang, JPAM akan tetap memberi bantuan jika di perlukan. Waktu Operasi adalah bermula 8.00 Pagi hingga 12.00 Malam. Selepas waktu tersebut, rakan – rakan boleh memantau frekuensi yang di berikan untuk meminta bantuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

9W2 - PNS KUALA KRAI

Kelab Pemancar Radio Amatur Pasir Puteh

Dari Kelab DARA