Rabu, 16 Jun 2010

SYOKNYA KE TRENGGANU....MENZIARAHI RAKAN PEMANCAR ( Bahagian 2 )

Selamat bertemu kembali untuk bahagian ke 2............


Kalau dibahagian 1.... cerita berkisar bagaimana konvoi memulakan perjalanan dari Gua Musang hingga ke Kuala Berang atau lebih tepat di Kuala Telemong. Sambungan kisah ini akan menceritakan bagaimana rakan-rakan konvoi PRAGA terasa "meremang bulu roma" ....begini kisahnya....


Lebih kurang QTR 2.50 petang , rakan konvoi mula bergerak untuk meneruskan perjalanan ke Kuala Trengganu. Konvoi dari PRAGA diiringi oleh Marshal - marshal yang cukup hebat. Memang dasyat sekali sambutan yang diberikan...rakan-rakan tersa seperti dilayan bak seorang menteri...... apa taknya...konvoi diiringi dari Kuala Telemong oleh para Mashal......... konvoi didahului oleh sebuah 4x4 dengan siren yang terpasang sepanjang masa....dalam pada itu ada pula mashal yang bertugas "menyekat" trafik disetiap persimpangan...sambil menunjuk arah untuk ke destinasi yang dituju.....dihebatkan lagi dengan "skuad biker" yang amat berani............. bagai tersemat semangat "kamikaze".......hebat dan dasyat itu yang dapat digambarkan...



 Tidak kira samada dipersimpangan biasa atau di lampu tukar ganti (traffic light) , para Mashal dari PEMANCAR dengan pantas bertindak menyekat setiap trafik dilaluan lain.....yang 4x4 akan terus kedepan dan mem"blocking" jalan.....begitu juga dengan jalopy pengiring dan "skuad biker"....tujuannya...memberi kelancaran perjalanan konvoi rakan PRAGA.... dalam kata lain....konvoi rakan PRAGA pada hari tu tak perlu berenti lansung dimana-mana persimpangan..


Satu lagi, saya memang memuji orang Terengganu...apa taknya...bila terdengar saja siren ...semua jenis kenderaan akan bergerak ketepi bagi memberi laluan pada konvoi.....tahniah buat semua rakyat Terengganu khususnya yang berada di sekitar Hulu Trengganu dan Kuala Trengganu.



Konvoi tiba di tempat penginapan ( di Homestay ) kira-kira QTR 3.30 petang...bayangkan pada jarak yang agak jauh....lebih kurang 70 km , konvoi cuma mengambil masa kira-kira 40 minit sahaja..... jadi setibanya disana, rakan disambut mesra oleh rakan PEMANCAR antaranya Abg Wan (9W2WNA) dan isteri 9W2WZA ( Pn Niza) , Pn Nani , 9W2SPR dan ramai lagi (maaf pada yang tak disebut nama)......jadi bila sampai disana ...rasa tak sabar nak berkenalan dengan rakan-rakan PEMANCAR.....sampai dah ingat nak "check-in" dulu...lepas berbual kuranglebih 1 jam...baru kitaorang "check-in"...



Bila dah puas berkenalan kitaorang pun masuk kehomestay masing-masing.....lepas tu...masa tu kitorang pun berbincanglah pasal nak cari makan...maklumlah lapar....masa tengah ber QSO disimplek...tetiba rakan PEMANCAR masuk dan bertanya adakah rakan-rakan PRAGA memerlukan pengiring untuk ketempat makan....wah...masing-masing tergejut juga la....manataknya...nak pergi makan pun orang monitor....diorang ni kitaorang ber QSO di simplex pun sempat lagi dia monitor....HEBAT...



Jadi setelah semua setuju , rakan PRAGA pun ber"mobil" ke Pantai Teluk Ketapang sambil diiringi oleh "skuad biker" PEMANCAR....lama jugalah lepak sana... lepas makan "seafood" ada juga rakan yang sempat naik kuda lagi tu....(termasuk lah saya dan famili..he he )



lebih kurang QTR 6.00 petang...kitaorang bertolak ke tempat penginapan..kentua konvoi kali ni adalah abe Yi (9W2YGM)... ingatke boleh ngikut rupanya...makan buah langsat juga..he he ( minta maaf ye abe Yi...)...nasib baik masa tu ada rakan PEMANCAR dah siap menunggu untuk mengiringi ke tempat penginapan.... akhirnya selamatlah kitaorang sampai ke destinasi...so lepas tu siap-siap sebab malamnya ada pulak BBQ.....erm...memang syoklah.



lihat tu dua jejaka PRAGA...hensem kacak bergaya...
sorang nyanyi...sorang joget....layan..jangan tak layan...
Tu lah...syoknya ke Trengganu.....hebat dan dasyat...terasa macam VVIP la pula....malamnya lagi best.....
nak tahu.......TUNGGUUUUU..............bahagian ketiga.....

Syoknya Ke Trengganu............. pengalaman oleh 9W2TNY..
Jumpa lagi ....... 73

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

9W2 - PNS KUALA KRAI

Kelab Pemancar Radio Amatur Pasir Puteh

Dari Kelab DARA