Sabtu, 10 Julai 2010

Kunjungan Rakan-rakan AKRAB ke Gua Musang

Pada 9 Julai 2010 , rakan-rakan PRAGA Gua Musang telah menerima kunjungan tak rasmi dari rakan-rakan AKRAB yang di ketuai oleh 9w2AWQ iaitu presiden AKRAB Bachok. Rombongan dari AKRAB disambut mesra oleh rakan-rakan PRAGA yang diketuai oleh 9W2MLO ( Pak Manaf) yang mewakili Presiden PRAGA , 9W2NMR ( Pak Nik) yang agak QRL dengan aktiviti satu rakyat satu pokok yang kebetulan berlansung pada hari yang sama. Selain itu turut hadir bagi menerima kunjungan adalah 9W2KTW , 9W2KIY, 9W2RMW dan isteri , SWLPak Su , SWL Mat serta 9W2TNY dan XYL serta harmonik- harmonik .




Kunjungan ini merupakan kunjungan tak rasmi yang mana rakan-rakan AKRAB pada masa yang sama sedang bermobil ke Genting Highlands bagi memasang repeater AKRAB di Genting Highlands , oleh yang demikian , rakan-rakan AKRAB telah berhenti seketika di Gua Musang bagi makan tengahari sambil menikmati durian Gua Musang.












Walaupun rakan - rakan PRAGA tidak dapat lama bersama dengan rakan-rakan AKRAB , diharapkan kunjungan kali ini menjadi titik permulaan kemesraan rakan Ham di kedua-dua kelab . Kehadiran Pak Nik (9W2NMR) selepas rakan-rakan AKRAB siap makan tengahhari menambahkan lagi kemesraan pertemuaan kali ini. Setelah semua bersalaman, rakan-rakan AKRAB pun mula bermobil ke lokasi yang hendak dituju di Genting Highlands manakala rakan-rakan PRAGA pula meneruskan tugasan mendaki Bukit Serai bagi membaikpulih repeater local Gua Musang .


Terimakasih pada semua yang menjayakan program kali ini .
Jumpa lagi........... 73.

Khamis, 8 Julai 2010

Rakan PRAGA - Sepanjang RAE 2010-2 Wilayah Timur

Tanggal 30 June 2010 , jam 9.30 pagi , rakan-rakan PRAGA mula bergerak ke Kuala Trengganu dari Chiku 3 . Sebanyak 7 jallopy iaitu 5 dari Gua Musang dan 2 dari Kuala Gris/Bukit Abu .



Konvoi diketuai oleh 9W2NMR (Pak Nik- Presiden PRAGA) dan seramai lebih 20 station turut serta dalam konvoi kali ini.



Selepas berhenti seketika di simpang Aring, konvoi meneruskan perjalanan ke UMT dan sampai disana kira-kira jam 1.30 petang.




Memang meriah RAE kali ini, dianggarkan lebih 700 SWL hadir untuk mengambil RAE 2010-2 ....






Kira-kira jam 1.55 petang , calon-calon RAE mula masuk kedewan untuk berjuang dalam RAE kali ini.







Macam-macam ragam rakan-rakan Ham yang ada , ada yang mengambil kesempatan berjumpa dengan rakan yang lama dah tak ketemu , ada yang baru nak berkenalan malahan ada juga rakan yang mengambil peluang berniaga di UMT.




RAE 2010-2 tamat kira-kira jam 5.15 petang dan semua rakan-rakan Ham mula bergerak menuju ke destinasi masing-masing selepas itu dan ada juga yang tak lupa singgah di Losong untuk membeli Keropok Lekor sebagai buah tangan bila kembali ke tempat masing-masing.


Gambar kenangan rakan PRAGA dari
kawasan Kuala Gris/ Bukit Abu
(Rakan D.A.R.A) bersama
Abe Lah (HHF) dari Kuala Krai

Selasa, 6 Julai 2010

Kelas RAE 2010-2 ( Sessi Kedua & Ketiga)

Selamat berjumpa lagi...

Walaupun RAE dah berlalu... disini penulis ingin berkongsi cerita mengenai kelas RAE 2010-2 bagi sessi kedua dan ketiga...

Kelas diadakan di Pusat Komuniti pada 24 June 2010 dan 26 June 2010 , jam 9.00 malam .... kehadiran rakan SWL amat memuaskan ... kali ini kelas RAE telah diselia oleh 9W2TNY ...


maklumbalas dari rakan-rakan SWl amat menggalakkan dan banyak persoalan yang ditimbulkan dan ini menjadikan kelas RAE sangat meriah dan tidak memboringkan....






Disini disertakan beberapa keping gambar untuk tatapan dan kenangan... penulis mengucapkan berbanyak terima kasih pada semua warga PRAGA yang menjayakan kelas kali ini... semoga berjaya dalam RAE 2010-2.

9W2 - PNS KUALA KRAI

Kelab Pemancar Radio Amatur Pasir Puteh

Dari Kelab DARA