Isnin, 28 Jun 2010

Kelas RAE 2010-2 ( Sessi Pertama)

Pada malam 17 Jun 2010 jam 9.00 malam , kelas RAE 2010-2 (sessi pertama ) telah diadakan untuk rakan-rakan PRAGA di Pusat Komuniti Gua Musang .



Mengikut jadual awal , kelas ini akan di ajar oleh 9W2TNY ( Bang Katini ) . Walaubagaimanapun , kehadiran 9M2SIX ( Bang Adnan) yang secara tidak sengaja , memberi tuah kepada rakan-rakan PRAGA. Oleh itu kelas pada malam itu telah di ajar oleh 9M2SIX . Kehadiran beliau pada malam itu sebenarnya tidak disengajakan kerana beliau sepatutnya bermobil ke Cameron Highland, akan tetapi jallopy beliau mengalami kerosakkan dan pihak PRAGA mengambil peluang ini  untuk menimba ilmu dari beliau.



Turut hadir pada malam tersebut adalah Pak Presiden PRAGA , 9W2NMR , serta rakan-rakan 9W2 yang lain antaranya MLO ,SGM , DCT dan TNY .



Kelas berakhir pada QTR 11.30 malam dan sedikit jamuan telah diadakan di Dataran Embun, Gua Musang ( di salmine 9W2KTW) .



Pihak PRAGA mengucapkan ribuan terima kasih pada 9M2SIX atas kehadiran beliau pada malam itu.

Kelas berikutnya akan diadakan pada 24 Jun 2010 ... selamat menduduki RAE 2010-2 dan semoga berjaya pada semua rakan-rakan ham terutamanya rakan-rakan PRAGA.

QRT . 73

Isnin, 21 Jun 2010

SYOKNYA KE TRENGGANU....MENZIARAHI RAKAN PEMANCAR ( Bahagian Akhir)

Hai selamat bertemu lagi dalam kisah ke Trengganu.....
Punya ler syok sangat...hajat hati nak jadikan cerita ini sampai 10 siri....
tapi .... memeandangkan agak QRL..terpaksalah dipendek-pendekkan ceritanya...

Berbalik pada sambungan cerita ...
Setelah malam menjelma...jadi rakan-rakan pun siap-siaplah nak bertolak ke tempat BBQ...dalam tengah QSO..tiba-tiba rakan PEMANCAR masuk...ish-ish sampai nak pergi makan pun ada lagi rakan-rakan PEMANCAR yang monitor...dasyat sungguh...terasa terlalu ISTIMEWAnya lawatan kali ini...apa taknya.. layanan rakan-rakan PEMANCAR memang kelas A1...tabik springlah...

Rakan PEMANCAR yang  join pun tanya....bolehkah semua rakan konvoi Gua Musang memperkenalkan diri seorang demi seorang dan beritahu handle operator sekali....erm...buat apa ye...surprise  ni......so rakan PRAGA pun kenalkan diri sorang demi sorang dan lepas dah habis...rakan PEMANCAR meminta rakan PRAGA akan mengikuti kenderaan pengiring dari PEMANCAR...so dipendekkan cerita sampailah kita orang kat tempat yang dituju.



Selepas sambutan yang cukup meriah dari rakan PEMANCAR , maka bermulalah majlis.... dimulakan dengan ucapan Presiden Pemancar Zon Kuala Trengganu dan lepas tu diikuti ketua rombongan PRAGA , 9W2SGM ...lepas abis ucapan...ada surprise...jeng jeng jeng......



Surprised!!!!!!!!......rupa-rupanya setiap rakan PRAGA diberi cenderahati...... semua dapat sorang satu...oooo patut la suruh kenalkan diri...rupanya nak bagi hadiah...he he he...lepas abis bagi hadiah... 9W2SGM sebagai wakil konvoi pun bagi sedikit tanda ingatan pada rakan PEMANCAR .



Dah abis semua tu...apa lagi..makan la...lapar sungguh rakan-rakan PRAGA..... ha ha ha ...semua kuat makan sampai tak sempat ayam ngan ikan masak....puas kena tunggu....ish-ish kesian....



Dah abis makan pula...ni part paling best ni.... Pak Manaf (MLO) ngan Pak Nan (DCT) pun dengan sukarelanya menunjukkan bakat-bakat yang terpendam......dasyat jugak orang lama ni ye ( tak boleh sebut orang tua nanti abe YGM ngan MLO marah....he he ) ...tengoklah aksi-aksi "ganas" diorang ni... memang best dan terhibur lah...



Dipendekkan cerita, majlis habis dalam QTR 12.30 tengah malam...esok paginya pula ada lagi event untuk kitaorang.... Sarapan ....Makan Nasi Dagang di tepi pantai...fuuuuyooo....sedap betul la nasi dagang Trengganu ni... dengan muka tak malunya TNY siap tambah lagi...ermm...rakan-rakan lain pun serupa juga...he he...memang sedap la....
 


bila dah siap sarapan dan sessi ambil gambar ....so konvoi pun meneruskan perjalanan ke Masjid Kristal ...



lepas tu hajatnya nak jalan-jalan lagi...tapi....alamak... kereta MLO breakdown.... so semua ahli konvoi berkampung kat tepi jalan....



Akhirnya...dipendekkan cerita lagi, ntah macammana dijadikan rezeki hari tu ..ada bengkel yang buka...dekat je...kebetulan ada pulak tali ..so abg YGM tariklah jallopy MLO ke workshop...



Al-hamduliLLAH , semua konvoi selamat sampai ke Gua Musang lebih kurang jam 11.30 malam, memang pengalaman yang cukup menyeronokkan.

Terimakasih pada semua rakan-rakan yang terlibat (PRAGA dan PEMANCAR)...
Sehingga berjumpa lagi.....

9W2TNY ...QRT 73

Rabu, 16 Jun 2010

SYOKNYA KE TRENGGANU....MENZIARAHI RAKAN PEMANCAR ( Bahagian 2 )

Selamat bertemu kembali untuk bahagian ke 2............


Kalau dibahagian 1.... cerita berkisar bagaimana konvoi memulakan perjalanan dari Gua Musang hingga ke Kuala Berang atau lebih tepat di Kuala Telemong. Sambungan kisah ini akan menceritakan bagaimana rakan-rakan konvoi PRAGA terasa "meremang bulu roma" ....begini kisahnya....


Lebih kurang QTR 2.50 petang , rakan konvoi mula bergerak untuk meneruskan perjalanan ke Kuala Trengganu. Konvoi dari PRAGA diiringi oleh Marshal - marshal yang cukup hebat. Memang dasyat sekali sambutan yang diberikan...rakan-rakan tersa seperti dilayan bak seorang menteri...... apa taknya...konvoi diiringi dari Kuala Telemong oleh para Mashal......... konvoi didahului oleh sebuah 4x4 dengan siren yang terpasang sepanjang masa....dalam pada itu ada pula mashal yang bertugas "menyekat" trafik disetiap persimpangan...sambil menunjuk arah untuk ke destinasi yang dituju.....dihebatkan lagi dengan "skuad biker" yang amat berani............. bagai tersemat semangat "kamikaze".......hebat dan dasyat itu yang dapat digambarkan...



 Tidak kira samada dipersimpangan biasa atau di lampu tukar ganti (traffic light) , para Mashal dari PEMANCAR dengan pantas bertindak menyekat setiap trafik dilaluan lain.....yang 4x4 akan terus kedepan dan mem"blocking" jalan.....begitu juga dengan jalopy pengiring dan "skuad biker"....tujuannya...memberi kelancaran perjalanan konvoi rakan PRAGA.... dalam kata lain....konvoi rakan PRAGA pada hari tu tak perlu berenti lansung dimana-mana persimpangan..


Satu lagi, saya memang memuji orang Terengganu...apa taknya...bila terdengar saja siren ...semua jenis kenderaan akan bergerak ketepi bagi memberi laluan pada konvoi.....tahniah buat semua rakyat Terengganu khususnya yang berada di sekitar Hulu Trengganu dan Kuala Trengganu.



Konvoi tiba di tempat penginapan ( di Homestay ) kira-kira QTR 3.30 petang...bayangkan pada jarak yang agak jauh....lebih kurang 70 km , konvoi cuma mengambil masa kira-kira 40 minit sahaja..... jadi setibanya disana, rakan disambut mesra oleh rakan PEMANCAR antaranya Abg Wan (9W2WNA) dan isteri 9W2WZA ( Pn Niza) , Pn Nani , 9W2SPR dan ramai lagi (maaf pada yang tak disebut nama)......jadi bila sampai disana ...rasa tak sabar nak berkenalan dengan rakan-rakan PEMANCAR.....sampai dah ingat nak "check-in" dulu...lepas berbual kuranglebih 1 jam...baru kitaorang "check-in"...



Bila dah puas berkenalan kitaorang pun masuk kehomestay masing-masing.....lepas tu...masa tu kitorang pun berbincanglah pasal nak cari makan...maklumlah lapar....masa tengah ber QSO disimplek...tetiba rakan PEMANCAR masuk dan bertanya adakah rakan-rakan PRAGA memerlukan pengiring untuk ketempat makan....wah...masing-masing tergejut juga la....manataknya...nak pergi makan pun orang monitor....diorang ni kitaorang ber QSO di simplex pun sempat lagi dia monitor....HEBAT...



Jadi setelah semua setuju , rakan PRAGA pun ber"mobil" ke Pantai Teluk Ketapang sambil diiringi oleh "skuad biker" PEMANCAR....lama jugalah lepak sana... lepas makan "seafood" ada juga rakan yang sempat naik kuda lagi tu....(termasuk lah saya dan famili..he he )



lebih kurang QTR 6.00 petang...kitaorang bertolak ke tempat penginapan..kentua konvoi kali ni adalah abe Yi (9W2YGM)... ingatke boleh ngikut rupanya...makan buah langsat juga..he he ( minta maaf ye abe Yi...)...nasib baik masa tu ada rakan PEMANCAR dah siap menunggu untuk mengiringi ke tempat penginapan.... akhirnya selamatlah kitaorang sampai ke destinasi...so lepas tu siap-siap sebab malamnya ada pulak BBQ.....erm...memang syoklah.



lihat tu dua jejaka PRAGA...hensem kacak bergaya...
sorang nyanyi...sorang joget....layan..jangan tak layan...
Tu lah...syoknya ke Trengganu.....hebat dan dasyat...terasa macam VVIP la pula....malamnya lagi best.....
nak tahu.......TUNGGUUUUU..............bahagian ketiga.....

Syoknya Ke Trengganu............. pengalaman oleh 9W2TNY..
Jumpa lagi ....... 73

9W2 - PNS KUALA KRAI

Kelab Pemancar Radio Amatur Pasir Puteh

Dari Kelab DARA