Isnin, 28 Jun 2010

Kelas RAE 2010-2 ( Sessi Pertama)

Pada malam 17 Jun 2010 jam 9.00 malam , kelas RAE 2010-2 (sessi pertama ) telah diadakan untuk rakan-rakan PRAGA di Pusat Komuniti Gua Musang .



Mengikut jadual awal , kelas ini akan di ajar oleh 9W2TNY ( Bang Katini ) . Walaubagaimanapun , kehadiran 9M2SIX ( Bang Adnan) yang secara tidak sengaja , memberi tuah kepada rakan-rakan PRAGA. Oleh itu kelas pada malam itu telah di ajar oleh 9M2SIX . Kehadiran beliau pada malam itu sebenarnya tidak disengajakan kerana beliau sepatutnya bermobil ke Cameron Highland, akan tetapi jallopy beliau mengalami kerosakkan dan pihak PRAGA mengambil peluang ini  untuk menimba ilmu dari beliau.



Turut hadir pada malam tersebut adalah Pak Presiden PRAGA , 9W2NMR , serta rakan-rakan 9W2 yang lain antaranya MLO ,SGM , DCT dan TNY .



Kelas berakhir pada QTR 11.30 malam dan sedikit jamuan telah diadakan di Dataran Embun, Gua Musang ( di salmine 9W2KTW) .



Pihak PRAGA mengucapkan ribuan terima kasih pada 9M2SIX atas kehadiran beliau pada malam itu.

Kelas berikutnya akan diadakan pada 24 Jun 2010 ... selamat menduduki RAE 2010-2 dan semoga berjaya pada semua rakan-rakan ham terutamanya rakan-rakan PRAGA.

QRT . 73

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

9W2 - PNS KUALA KRAI

Kelab Pemancar Radio Amatur Pasir Puteh

Dari Kelab DARA