Rabu, 9 Jun 2010

SYOKNYA KE TRENGGANU....MENZIARAHI RAKAN PEMANCAR ( Bahagian 1 )


Tanggal 28 May 2010 jam 9.00 pagi, rakan-rakan dari kelab PRAGA Gua Musang telah memulakan ekpedisi ke Kula Trengganu . Ekspedisi disertai oleh 9W2SGM , 9W2MLO , 9W2DCT , 9W2KTW , 9W2YGM , 9W2TNY , 9W2BTG , 9W2SOF , SWLTZN dan SWLCDH. Konvoi kali ini turut disertai oleh ahli keluarga rakan-rakan Ham.



Kira-kira jam 11.00 pagi , konvoi berhenti seketika di  Santuari Gajah yang terletak tidak jauh dari  Tasik Kenyir , Trengganu . Konvoi meneruskan perjalanan ke Kuala Trengganu pada jam 11.40 pagi . Setibanya konvoi di kawasan tasik kenyir, tiba-tiba 9W2SOF melaporkan ada 2 buah kenderaan rakan ham Trengganu mengekori dari belakang konvoi.


Bila 9W2MLO cuba memanggil dijalur, tiada respon yang diberi dan ketika itu jalopy tersebut telah memotong konvoi dan terus memecut kehadapan meninggalkan rakan-rakan konvoi PRAGA. Kesemua peserta menjangka kemungkinan rakan tersebut telah tersasar dari konvoi mereka.

Setibanya disimpang tiga untuk ke Kuala Berang dan Sungai Tong ( Simpang ke Tasik Kenyir) , tiba-tiba ada rakan yang mengarahkan semua jalopy konvoi PRAGA membelok kekiri sedangkan pada masa itu 9W2SGM (ketua konvoi) ingin membelok kekiri . Jadi nak tak nak terpaksalah rakan-rakan mengikut sahaja arahan tersebut.


Wah ! Rupanya satu kejutan buat Rakan PRAGA ....konvoi disambut mesra dan meriah oleh Rakan Pemancar dari Zon Hulu Trengganu . Selepas bersalaman di daratan untuk seketika,rakan-rakan PEMANCAR Zon Hulu Trengganu membawa konvoi ke sebuah masjid di Kuala Telemong ( kalau tak salah) untuk menunaikan Solat Jumaat.

Selepas Solat Jumaat , konvoi bersama-sama rakan PEMANCAR Zon HT ,bertanggo-tanggo di sebuah warung berhampiran masjid sambil menunggu rakan-rakan PEMANCAR Zon Kuala Trengganu . Turut sama pada masa tu adalah 9W2CRI, Abg Sobri iaitu Presiden PEMANCAR.


Lebih kurang QTR 2.50 petang , rakan konvoi mula bergerak untuk meneruskan perjalanan ke Kuala Trengganu. Konvoi dari PRAGA diiringi oleh Marshal - marshal yang cukup hebat....meremang bulu roma bila nak cerita bab ni.....

Untuk mengetahu kisah selanjutnya.... ikuti bahagian kedua topik ini...

Syoknya Ke Trengganu............. pengalaman oleh 9W2TNY..
Jumpa lagi ....... 73

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

9W2 - PNS KUALA KRAI

Kelab Pemancar Radio Amatur Pasir Puteh

Dari Kelab DARA